Thursday, November 4, 2021

KURSUS AUDIO RUMAH BURUNG WALIT

Salam hormat,


Saya bercadang untuk menganjurkan kursus tersebut pada 18hb November, 2021 di Kuala Terengganu. Peserta kursus terdiri daripada pengusaha walit di zon KEJORA Tenggara Johor, seramai kira-kira 10 orang.

Penyampaian berbentuk teori akan di adakan disebelah pagi, antara jam 9.00 pagi hingga ke 1 tengah hari. Sebelah petang di adakan latihan berbentuk amali.

Berkaitan dengan hal ini, saya mengajak sesiapa pengusaha walit yang banyak pengalaman dalam mengendalikan sistem audio RBW boleh mengisi satu ke dua slot masa untuk program ceramah. Syaratnya ialah RBW anda telah mengeluarkan hasil yang tinggi sehingga ke hari ini. Bayaran ceramah boleh dirunding. Sesiapa yang berminat boleh segera menghubungi dengan saya di nombor 019-9167341.

Saya berharap perkongsian ilmu saudara mampu membantu rakan-rakan kita di KEJORA sana untuk meningkatkan lagi hasil RBW masing-masing.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Sunday, December 20, 2020

KURSUS BERKAITAN WALIT DI TAHUN 2020

 Salam Hormat,


Dukacita di maklumkan bahawa saya tidak dapat mengadakan kursus berkenaan pada tahun ini atas beberapa sebab. Di antara sebab utama ialah:-

1. Jumlah permintaan yang sangat rendah,

2. Ada juga di antara merek yang telah menyatakan minat untuk hadir kursus ini yang telah bertukar minat kepada bidang yang lain,

3. Wabak Covid-19 adalah penyebab utama, kerana terpaksa patuh kepada konsep penjarakan sosial dan duduk dirumah.


Saya masih ingin berusaha untuk membantu perkembangan industri ini di tahun 2021 kelak. Bergantung kepada keaadaan, khususnya wabak covid-19, in shaa Allah saya akan cuba menngadakan semula kursus yang sama pada tahun berkenaan. Tuan-tuan bolehlah mengikuti perkembangannya dari masa ke semasa melalui halaman ini.


Terima Kasih di atas minat anda semua.


Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Friday, December 13, 2019

KURSUS BERKAITAN WALIT DI TAHUN 2020

Salam hormat,


Dalam tempoh 3 bulan terakhir tahun 2019 saya ada menerima beberapa permintaan untuk menyertai Kursus Peternakan Burung Walit. Bergerak daripada permintaan seperti ini, saya bercadang untuk mengadakan kursus berkenaan dan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar berhampiran, pada tahun 2020 nanti. Tarikh sebenar belum ditetapkan lagi.

Jadi buat permulaan ini mungkin elok saya adakan satu kajian/survey terlebih dahulu mengenai hasrat ini. Jika ada permintaan dan melebihi 25 peserta, in sha Allah kursus akan dapat dijalankan.

Bagi anda yang berminat untuk respon, sila WhatApps saya di no 019-916 7341 atau 016-922 7341.

Disamping itu saya juga berhasrat untuk mengadakan satu seminar, kira-kira 3 jam, bagi tajuk Financial Litteracy untuk pengusaha peternaakan burung walit. Saya dapati celik kewangan ini amat mustahak bagi tujuan mereliasasikan matlamat JUTAWAN SENYAP. Tanpa kefahaman berkaitan, ramai pengusaha hari ini, sungguh pun mendapat pendapatan yang agak baik, tetapi masih sukar untuk kehadapan dan meningkan NILAI BERSIH ( NET WORTH ) masing-masing dari tahun ke setahun. Ilmu yang saya akan kongsi nanti, in sha Allah, akan dapat memacu ada untuk mencapai status jutawan senyap dengan lebih mantap dan lebih cepat.

Bagi mereka yang merminat, sila respon secara WhatApps (dua nombor di atas) bagi membolehkan satu perancangan untuk seminat tersebut di jalankan.


Sekian, Terima Kasih.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Tuesday, January 29, 2019

KURSUS ASAS PETERNAKAN BURUNG WALIT SECARA DIGITAL DAN ON-LINE



Salam hormat,


Di tahun-tahun sebelum ini, saya kerap juga didatangi peminat industri peternakan burung walit melalui WhatsApp. Pertanyaan yang sering ditanyakan kepada saya ialah “ Dr. Bila lagi nak di adakan kursus peternakan burung walit?”

Sukar saya hendak menjawabnya. Anda semua tahu untuk mengadakan kursus Asas Peternakan Burung Walit ini memerlukan satu jumlah penyertaan yang sesuai, baharulah boleh dianjurkan. Bila saya buat bancaian mengenainya tidaklah begitu ramai yang menyatakan minat untuk menyertainya pada satu-satu masa.

Bagi memenuhi permintaan kes-kes terpencil ini, saya telah berusaha menyediakan satu pakej pembelajaran berkaitan Asas Peternakan Burung Walit ini dalam bentuk video (mp4). Sebanyak 8 Modul kursus telah disediakan yang merangkumi aspek-aspek seperti di dalam promo page berikut.





Sebagai tambahan kepada 8 modul tersebut, saya juga menyertakan secara PERCUMA 3 rakaman lagu/suara burung walit ( suara/lagu luar RBW, suara/lagu dalam RBW dan suara/lagu untuk ujian kesesuaian tapak pembinaan RBW) DAN satu video lawatan ke sebuah RBW.

Saya belum dapat menyediakan kursus ini secara on-line sepenuhnya buat masa kini. Bagi membolehkan rakan-rakan kita segera mengikuti kursus asas ini, saya akan menghantar (PERCUMA) ke semua kandungan pakej yang telah saya nyatakan tersebut melalui satu pen drive (16GB). Apabila anda membukan pen drive ini nanti akan terdapat folder-folder seperti di rajah berikut.




Bukalah folder-folder tersebut dan teruskan pembelajaran anda. Apa yang anda akan dapat daripada modul-modul ini adalah SAMA dengan kursus Asas Peternakan Burung Walit yang telah saya anjurkan selama ini untuk kursus sehari.

KOS PAKEJ ialah RM 250.00 sahaja. Sesiapa yang berminat dan juga sebarang pertanyaan boleh WhatsApp saya di 016-922 7341.

Pakej ini juga amat sesuai bagi mereka yang tingal juah di pendalaman (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) dan sukar untuk ke lokasi kursus yang terdekat atau pun kesempitan masa untuk hadir di kursus-kursus berkaitan.


Bagi mereka-mereka yang telah menghadairi kursus ini daripada pihak lain juga sesuai menjadikan pakej ini sebagai tambahan ilmu dan koleksi “buku” anda dalam bidang berkaitan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).





Tuesday, January 23, 2018

KURSUS ASAS PETERNAKAN BURUNG WALIT

Salam hormat,


Saya bercadang untuk mengadakan kursus setengah hari, asas peternakan burung walit, seperti ketetapan berikut:-



TARIKH: 24hb MARCH, 2018
MASA : 8.30 pagi – 1.00 tgh hari
LOKASI: Bilik SEMINAR KUANTAN, Indera Mahkota 8. KUANTAN,
Pahang Darul Makmur.
PENDAFTARAN KURSUS: 8.30 pagi
KUMPULAN SASAR: Mereka yang belum ada rumah burung walit
dan becita-cita untuk terlibat.
YURAN KURSUS: RM190.00/peserta.
KEMUDAHAN KURSUS:-



  1. Minum pagi (Jam 10.30 pagi),
  2. Nota kursus,
  3. Lagu ujian kesesuain tapak, dan satu set lagu luar dan lagu dalam RBW.



JUMLAH PESERTA: 25 Orang.
BERMINAT/PERTANYAAN: Sila mesej/whatsApp: 016-9227341
( Nama penuh sahaja)



KANDUNGAN KURSUS: Seperti di dalam jadual yang disertakan.




NOTA TAMBAHAN: Jika atas sesuatu sebab kursus terpaksa dibataklan, bagi mereka yang telah menjelaskan yuran kursus sebelum tarikh kursus, wang yuran akan saya kembalikan semula.

Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MagrS).
(www.walitkewalet.blogspot.my)



KANDUNGAN KURSUS.



BIL
KANDUNGAN
PENYAMPAIAN
1 KOMPONEN INDUSTRI PETERNAKAN BURUNG WALIT
1.1. Terminologi,
1.2. Komponen industri.
Syarahan
2 KENALI BURUNG WALIT & SARANGNYA


2.1. Kenali burung walit,
2.1. Kitaran pembiakbakaan burung walit,
2.3. Perihal sarang burung walit.
Syarahan
3 PETERNAKAN BURUNG WALIT: PERUMAHAN


4.1. Keperluan asas untuk mendirikan RBW
4.2. Rupa luar dan dalam RBW,
4.3. Sistem audio, lagu luar dan lagu dalam,
4.4. Miasmata (aroma) dalam RBW,
4.5. Modal,
4.6. RBW boleh dibesarkan kemudian.
Syarahan
4 PETERNAKAN BURUNG WALIT: PENGENALAN KPD PENGURUSAN RBW


5.1. Musuh peternakan burung walit,
5.2. Asas pengurusan RBW.
Syarahan
5 PETERNAKAN BURUNG WALIT: POTENSI BIDANGUSAHA


6.1. 70% RBW gagal,
6.2. Mampu meningkatkan pendapatan.
Syarahan
6 PETERNAKAN BURUNG WALIT: PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Nota sahaja
7 Q & A
Perbincangan





Monday, January 22, 2018

HASRAT BLOG INI DIWUJUDKAN

Salam hormat,



Saya mulakan blog ini pada hari ini, 22.01.18, bertujuan untuk memudahkan para pengunjung blog-blog saya mengetahui jadual dan maklumat kursus yang akan saya kendalikan dari masa ke semasa. Pengiklanan kursus dibuat di sini bagi membolehkan para pengunjung mengetahui lebih awal mengenainya dan membolehkan sesuatu keputusan terbaik di buat berkaitan dengnya.

Saya berharap blog ini boleh membantu anda.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).